fb fb fb fb fb

Kes penyakit berkaitan cuaca panas meningkat

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 19 April - Kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan meningkat kepada 47 kes di seluruh negara setakat ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan 12 kes strok haba, 34 kes kelesuan haba dan satu kes kejang haba.

"Pecahan kes mengikut umur adalah 36 dewasa, sembilan remaja, satu warga emas dan satu kanak-kanak.

"Setakat ini, hanya dua kes kematian dan tiada kematian baru dilaporkan," kata NADMA.

NADMA turut memaklumkan terdapat dua kes yang masih mendapat rawatan di hospital.

Cuaca panas dengan suhu melebihi 35 darjah celcius dijangka akan terus berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sabah hingga 24 April ini.

TETITIA YUSOFF