fb fb fb fb fb

Kes pelajar tidak sedarkan diri, tiada dadah dalam vape mangsa - Polis

Mohd Khairi Khairudin

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Tiada bahan terlarang serta kesan dadah dalam rokok elektronik atau vape yang dihisap seorang pelajar di Terengganu sehingga tidak sedarkan diri, akhir bulan lalu.

Ia selepas laporan diterima daripada Jabatan Kimia pada Selasa lalu berhubung sampel yang diambil daripada tubuh pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah di Kemaman.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, keadaan pelajar terbabit kini stabil namun masih menerima rawatan di hospital kerana menghidap penyakit sawan.

Ketika ini, pihak hospital masih menyiasat punca pelajar tersebut menghidap sawan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kimia, katanya, pelajar itu tidak boleh disabitkan dengan kesalahan termasuk dikenakan tindakan dibawah Akta Dadah.

"Di pihak polis, tidak ada apa yang boleh kami sabitkan di bawah (mana-mana) kesalahan.

"Kami akan perketat (pemantauan di kedai vape). Memang sebelum-sebelum ini kita buat (pemantauan) di seluruh negeri melibatkan kotinjen lain juga, berkenaan 'mushroom vape' ini.

"Ada buat rampasan dan dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah," katanya ketika Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, di pekarangan Wisma Persekutuan, di sini, hari ini.

Pada akhir bulan lalu, media melaporkan seorang pelajar dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap vape, 22 Julai lalu.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA