fb fb fb fb fb

Kes pecah amanah, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan kes pecah amanah bernilai lebih RM4.3 juta.

Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Raihanan Abdul Razak di hadapan Hakim, Datin Sabariah Osman.

Tertuduh, Johnathan Wong Futt Po, didakwa menyalahgunakan wang milik Syarikat Novel Leap Sdn Bhd untuk kepentingan sendiri pada 23 Mei hingga 3 Ogos 2022.

Johnathan turut berdepan pertuduhan menipu individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud selain dakwaan menipu seorang lelaki berhubung urusan mendapatkan lesen pelaburan membabitkan kerugian berjumlah RM3 juta.

Tertuduh diwakili peguam, Siti Anis Che Abdul Wahab.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Sebutan semula kes pada 18 dan 19 Julai depan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM