fb fb fb fb fb

Kes khianat pecah cermin kereta, polis giat buru suspek

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Polis giat memburu suspek yang terlibat kes khianat pecah cermin kereta yang berlaku Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada 27 Jun lalu.

Seorang pengadu warganegara tempatan telah pergi ke sebuah gerai bersama rakan-rakannya menaiki kereta miliknya untuk ke sebuah gerai makan.

Ketika makan, pengadu mendapati terdapat dua kumpulan lelaki seramai lebih kurang 20 orang sedang merusuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.

Kesemua lelaki itu telah bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak dan pengadu mendapati lelaki-lelaki tersebut telah merosakkan beberapa buah kereta yang berada di sana termasuk dengan kereta pengadu," kata ACP Amihizam dalam satu kenyataan hari ini.

Kes telah disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri atau bersubahat dengan mana-mana orang dan menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh menjurus kepada perbuatan jenayah.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi talian 'Hotline Polis Brickfields' di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.


(PDRM mohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden
terbabit tampil untuk membantu siasatan)

 

Media Baharu