fb fb fb fb fb

Kes jemaah terkandas, laporan penuh sedang dimuktamadkan - King Sing

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Mei- Siasatan berhubung insiden membabitkan 300 jemaah haji yang terkandas di Mekah kini sedang dilaksanakan.

Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, agensi pelancongan terlibat berdepan risiko lesen pengoperasian dibatalkan sekiranya didapati bersalah.

Jelas King Sing, pihaknya yang berada di Mekah sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Pihaknya juga memandang serius insiden itu.

"Laporan penuh mengenainya kini sedang dimuktamadkan.

"Selain, ia melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah.

"Insiden juga dikhuatiri mampu menjejaskan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi," katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut mengingatkan agensi pelancongan yang dilesenkan oleh kementerian itu agar tidak menyalahgunakan visa pelancong dan visa umrah untuk tujuan ibadah haji.

Artikel Berkaitan:
Jemaah haji terkandas, pihak berautoriti jalankan siasatan
Jemaah terkandas di Mekah, TH akan siasat

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM