fb fb fb fb fb

Kes hina mahkamah: Video sidang media jadi tumpuan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding menghina mahkamah difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 April-Prosiding menghina mahkamah difailkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi pada hari ini di mulakan dengan penyiaran dua video sidang media.

Ia membabitkan tayangan yang disiarkan dua portal berita selepas perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengenai isu 'Kutty' di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 Disember tahun lalu.

Prosiding tersebut di lakukan hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong.

Ketika prosiding berkenaan, peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon rakaman berkenaan ditayangkan.

Mohamed Shahrul Fazli berkata rakaman tersebut telah dirancang lebih awal dan bukan berlaku secara spontan.

Manakala peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad selaku plaintif membantah perkara berkenaan.

Nizam berkata tiada salinan fizikal cakera padat yang disampaikan kepada pihak beliau selain tidak melampirkan pengesahan kebenaran video itu mengikut Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. 

Pesuruhjaya Kehakiman menetapkan 14 Mei untuk kedua-dua pihak memaklumkan tindakan susulan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD