fb fb fb fb fb

Kes denggi turun 6.8 peratus minggu lepas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Kes demam denggi mencatat penurunan sebanyak 6.8 peratus kepada 2,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) iaitu bagi tempoh 24 Disember hingga 30 Disember lepas berbanding 2,913 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Bilangan lokaliti panas kes tersebut yang dilaporkan pada ME52 adalah sebanyak 134 lokaliti berbanding 131 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Lokaliti berkenaan adalah 104 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (8), Perak (9), Negeri Sembilan (7), Pulau Pinang dan Sabah (2) serta masing-masing satu di Kedah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, faktor kebersihan persekitaran dan tabiat segelintir masyarakat yang tidak melupuskan sampah menjadi penyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes, seterusnya peningkatan kes denggi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA