fb fb fb fb fb

Kes denggi di Johor melonjak lebih dua kali ganda

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 8 Jun- Kes denggi di Johor mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda setakat minggu epidemiologi ke-22 tahun ini, dengan jumlah kes terkumpul 7,082 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu melonjak 94 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kira-kira 80 peratus kes dilaporkan di daerah Johor Bahru, manakala 10 peratus di Kulai, dan baki kes di lain-lain daerah.

"Setakat ini ada sembilan orang meninggal dunia disebabkan (nyamuk) aedes. Kita tak nak ada orang lagi meninggal dunia.

"Tadi kita masuk kedai dan rumah... jumpa tempat pembiakan (aedes), jumpa jentik-jentik," katanya kepada media selepas OPS Gempur Aedes 2.0 Peringkat Negeri di Taman Johor Jaya, di sini, hari ini.

Menerusi operasi terbabit, 5,849 premis membabitkan 18 lokaliti diperiksa, sejak 22 Mei hingga 6 Jun lepas. Daripada jumlah itu, 405 premis positif dengan 619 bekas pembiakan nyamuk aedes dikesan.

Sebanyak 326 notis dikeluarkan, manakala 13,834 premis telah dibuat semburan asap sepanjang ops berkenaan.

SITI AISHAH MD ISA