fb fb fb fb fb

Kes demam denggi membimbangkan meningkat lebih 2,500%

(Foto fail)

KANGAR, 20 Julai- Situasi kes demam denggi di Perlis masih membimbangkan dengan 33 kes baharu dilaporkan bagi tempoh 9 hingga 15 Julai lalu, iaitu peningkatan satu kes berbanding minggu sebelumnya.

Manakala jumlah kes terkumpul bagi tempoh Januari sehingga 15 Julai adalah sebanyak 508 kes, peningkatan 489 kes atau 2,573.7% berbanding tempoh sama pada tahun 2022.

2 kematian akibat demam denggi dilaporkan.

Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan dalam kenyataannya memaklumkan, sebanyak 52 lokaliti wabak denggi telah dilaporkan dengan 13 lokaliti masih aktif, antaranya Taman Jali, Taman Melati Indah, Felcra Lubuk Sireh, Taman Hijrah, Taman Emas dan Taman Ira,

"Selain itu , terdapat dua lokaliti titik panas denggi iaitu Taman Jali dengan 20 kes dan Taman Melati Indah dengan 8 kes. Felcra Lubuk Sireh dikenal pasti sebagai lokaliti wabak tak terkawal dengan 17 kes.

"Sebanyak tujuh lokaliti wabak baharu dilaporkan sepanjang minggu lalu iaitu Taman Beseri Paya, Kampung Bunga Emas, RPA Batu 16, Kampung Terus Teritip, Taman Bukit Kubu Fasa 2, Jalan Miri Kuala Perlis dan Kampung Tok Paduka," menurut kenyataan itu.

Sehingga 15 Julai, sebanyak 182 notis kompaun dikeluarkan kepada premis yang didapati mempunyai pembiakkan nyamuk Aedes.

(Kes demam denggi membimbangkan meningkat lebih 2,500%)

Media Baharu