fb fb fb fb fb

Kes cederakan peguam bela, tiga individu mengaku tidak bersalah

Foto Hiasan

GEORGE TOWN, 24 Disember- Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas tuduhan mencederakan seorang peguam bela dengan sebatang besi pada Oktober lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Koay Beng Ghee dan Teh Eng Tat masing-masing berumur 36 tahun dan Ng Weng Kooi, 41 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersubahat bersama-sama seorang lelaki yang masih bebas melakukan kesalahan hingga menyebabkan kecederaan ke atas peguam bela Beh Hong Shein, 37 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Persiaran Karpal Singh pada pukul 9.50 pagi, 22 Oktober lalu dengan menggunakan sebatang besi sebagai senjata.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Kesekaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), M. Darrshini dan tertuduh diwakili peguam, Md Yusuf Md Idris.

Setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM