DAMANSARA DAMAI, 12 Disember- Terdapat pergerakan ditemui hasil pemeriksaan awal rakaman papan pemuka ('dashcam') kereta yang diperoleh dalam kalangan penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya memerlukan semakan lanjut bagi mengesahkan sama ada pergerakan itu membabitkan individu mahupun objek.
Katanya, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur jenayah.
Sementara itu, memasuki hari keenam hari ini, tinjauan pemberita RTM di lokasi kejadian mendapati siasatan kes itu diteruskan dengan pencarian petunjuk baharu, dipercayai di aliran anak sungai berdekatan penemuan mayat mangsa.
Polis bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyedut keluar air di aliran anak sungai yang terletak berdekatan lokasi kejadian.
Kakitangan JPS dan Unit Forensik Bukit Aman dilihat tiba di Apartmen Idaman kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.
Kerja-kerja mengepam air bermula pada pukul 12.30 tengah hari.
Namun, cuaca hujan lebat menganggu operasi tersebut.
Artikel Berkaitan:
Kes Zayn Rayyan, 48 individu dirakam percakapan
Pasukan Unit Forensik ambil sampel, bantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan
Falco dan Jimmy diguna untuk jejak bukti pembunuh Zayn Rayyan
Polis minta orang ramai henti komen kes kematian Zayn Rayyan
Zayn Rayyan cuba pertahankan diri - Mohd Shuhaily
Polis sekali lagi rakam keterangan ibu bapa Zayn Rayyan