fb fb fb fb fb

Kes buli, semua universiti perlu ambil perhatian serius - Dr. Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

NILAI, 13 November- Semua institut pendidikan tinggi (IPT) perlu mengambil perhatian serius terhadap isu buli.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata tiada aduan berkaitan kes buli dilaporkan di universiti awam, setakat ini.

"Meskipun hal berkaitan buli berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), universiti-universiti tidak boleh memandang ringan kes berkaitan buli.

Setakat ini, kita belum mendapat laporan kes yang terkait, sama ada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau universiti awam (UA) yang lain. Saya juga ingatkan supaya hal yang berlaku di ALK itu, tidak berlaku di universiti lain," kata Datuk Seri Dr. Zambry kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Peluncuran Sekretariat Pemikir Muda Negara (PEMIKIR) di Bandar Esntek, Nilai. 

Beliau turut mengulas lanjut berhubung sistem pengasingan 'senior' dan 'junior' di universiti awam.

Jelasnya, perkara itu perlu penelitian lanjut selain penilaian yang menyeluruh daripada semua pihak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM