fb fb fb fb fb

Kes buli: Kementerian Pertahanan tidak berkompromi isu disiplin

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 November - Susulan kes buli pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak mengenai isu disiplin.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya masih menunggu laporan siasatan penuh dari pihak polis dan Akademi Latihan Ketenteraan.

Sebarang tindakan susulan akan dibuat berdasarkan hasil siasatan polis..

"Pelajar tahun 2 dan pelajar tahun 4, ia insiden sendiri, bukan beramai-ramai.

"Mungkin dia bergaduh girlfriend atau tidak tahu apa ceritanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini.

Trainee