fb fb fb fb fb

Kes bakar tokong, warga emas ditahan

Foto JBPM Johor

KLUANG, 30 April- Seorang lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam insiden khianat dengan membakar sebuah tokong di Jalan Lambak, Taman Kluang, Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata penahanan suspek berumur lingkungan 60-an itu dibuat di sebuah padang di Taman Fountain pada pukul 9.50 malam tadi.

Jelasnya, tangkapan terbabit dibuat susulan satu laporan polis berhubung perbuatan khianat itu sekitar pada pukul 11.25 pagi.

Hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau. 

Kes disiasat mengikut seksyen 436 Kanun Keseksaan. 

Sementara menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, insiden kebakaran itu memusnahkan 90 peratus struktur bangunan rumah ibadat terbabit. 

Jelas JBPM negeri Johor, seramai 22 anggota bomba dengan bantuan dua buah jentera telah digerakkan bagi menyertai operasi pemadaman tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM