fb fb fb fb fb

Kertas Sirah UPKK ditangguhkan Selasa depan

Foto Hiasan/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 17 Januari- Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran Sirah yang dijadualkan pada hari ini akan ditangguhkan kepada Selasa depan (23 Januari 2024).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paduka Hakimah Mohd Yusoff menerusi satu kenyataan berkata penangguhan itu terpaksa dibuat atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara terperinci sebab ia ditangguhkan.

“JAKIM memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung.

“Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang,” katanya menerusi kenyataan itu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI