fb fb fb fb fb

Kerjasama TVET, pemain industri wujudkan graduan lebih berdaya saing

TVET akan terus diperkasa melalui jalinan kerjasama bersama pemain industri.

KUALA TERENGGANU, 22 Julai- Pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan terus diperkasa melalui jalinan kerjasama bersama pemain industri.

Sekali gus mewujudkan graduan yang lebih berdaya saing.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr. Mohd Zahari Ismail berkata terdapat 19,000 pemain industri yang bekerjasama erat dengan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara.

Antara inisiatif dibuat adalah menempatkan graduan ke syarikat tersebut untuk latihan industri selama enam bulan.

"Selain itu tenaga pakar luar juga dibawa masuk untuk berkongsi kepakaran mereka.

"Jalinan kerjasama turut meliputi proses penggubalan kurikulum pembelajaran, sesuai dengan perkembangan teknologi semasa," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM