fb fb fb fb fb

Kerjasama semua pihak, mampu perkukuh perpaduan

Leong Yu Man

KUANTAN, 20 Oktober- Semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk komuniti rukun tetangga (KRT) perlu bergabung tenaga dan idea bagi mengukuhkan semangat perpaduan di negara ini.

Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man semangat itu boleh disemai melalui sistem pendidikan, peranan media massa dan institusi sosial.

"Pada masa yang sama peranan institusi keluarga juga sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan terutama dalam menyemai benih perpaduan.

"...dan kerjasama dalam kalangan anak-anak serta pergaulan dengan jiran tetangga yang berlainan bangsa dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Nageri Pahang dan Mini Karnival Ekonomi Rukun Tetangga Zon Timur Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, di sini.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu disertai KRT dari 11 daerah di Pahang selain Kelantan dan Terengganu.

Peserta turut memperkenalkan hasil produk-produk tempatan yang diusahakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI