fb fb fb fb fb

Kerjasama rapat Sarawak dan Putrajaya penting bagi memajukan Bumi Kenyalang

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memeriksa kawalan kehormat PDRM pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak di Dataran Perbarisan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini / BERNAMA

KUCHING, 6 Mei- Kerjasama rapat antara Sarawak dan Putrajaya sangat penting bagi memastikan keselarasan dasar dan polisi pembangunan demi kepentingan negeri.

Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku berkata, Sarawak memerlukan jumlah peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan.

Dalam ucaptamanya pada Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri, DUN Ke-19 beliau menyeru supaya Kerajaan Persekutuan akan terus menyediakan peruntukan pembangunan yang secukupnya selaras dengan hak dan status Sarawak sebagai sebuah wilayah.

Katanya pengembalian hak-hak Sarawak yang terhakis bawah Perjanjian Malaysia 1963, MA63 adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Ujarnya Sarawak menghargai komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah membentuk Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan Jawatankuasa Teknikal sebagai platform untuk membincangkan tuntutan Sarawak.

Beliau yakin, kerjasama rapat itu dapat memajukan Sarawak dalam usaha untuk meneruskan pembangunan sosio-ekonomi dan infrastruktur negeri khususnya dalam aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, pembangunan sempadan dan jaringan jalan raya utama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE