fb fb fb fb fb

Kerjasama QGB, BDB rancakkan sambutan LIMA'23

LANGKAWI, 18 Mei- Qew Group Berhad (QGB) menjalinkan kerjasama strategik dengan Bina Darul Aman Berhad (BDB) dalam merancakkan sambutan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang berlangsung mulai 23 Mei ini.

Kerjasama berpanjangan dengan BDB juga bagi mengukuhkan usaha pembangunan perniagaan syarikat untuk meneroka peluang dalam pelbagai sektor di Langkawi dan Kedah secara amnya.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan QGB, Datuk Dr. Muhamad Iqbal Mohamad, syarikat menyasarkan RM500 juta kos pembangunan kasar atau GDC untuk tempoh jangka masa pertengahan dan panjang.

Antara perancangan awal adalah kerjasama dengan membangunkan tanah seluas 60 ekar milik BDB dengan menganjurkan Air Venture Food Fest sepanjang LIMA'23 berlangsung.

Tambah beliau lagi, program tersebut akan bermula 20 hingga 30 Mei 2023 dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

(Foto hiasan)

Faslliti yang tersedia adalah sebanyak 150 ruang niaga dengan 2,500 tempat letak kereta.

Beliau demikian pada sidang media di Padang Matsirat, di sini.

Hadir sama, wakil BDB, Syed Rofli Syed Ahmad dan Timbalan Presiden QGB, Dr. Mohamad Faiz Mohd Sobri.

Media Baharu