SEREMBAN, 14 Mei- Media berperanan penting dalam pembangunan minda rakyat yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerjasama antara media dengan kerajaan negeri amat penting.
Ia bagi memastikan segala usaha pihak kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada rakyat melalui pelbagai medium yang ada pada hari ini.
"Saya membuka ruang seluas-luasnya untuk pihak media bagi menyampaikan berita berkenaan negeri ini di setiap platform media anda.
"Saya dan rakan-rakan pentadbiran negeri ini sedaya upaya untuk memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang kami mentadbir negeri ini," katanya pada majlis Malam Apresiasi Media di sini.