fb fb fb fb fb

Kerjasama Malaysia-Singapura, pemeteraian tiga perjanjian jamin kelangsungan keselamatan negara

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Pemeteraian tiga perjanjian meliputi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau Malaysia-Singapura, menjamin kelangsungan keselamatan negara.

Menurut Pesyarah Kanan, Jabatan Ekonomi dan Pengurusan Kewangan UiTM Pucak Alam, Dr Norashida Othman, kedua-dua negara tidak terkeculi berdepan jenayah siber yang menjadi isu global.

Malaysia merekodkan hampir RM600 juta melibatkan jenayah siber pada tahun lalu.

"Sebarang isu yang membabitkan keselamatannya bakal memberi kesan kepada kerajaan, ekonomi, sosial dan juga masyarakat.

"Jadi jika kita ingin bergerak ke hadapan dan hidup dengan teknologi yang semakin pesat, isu keselamatan siber perlu diletakkan di barisan hadapan ekosistem digital.

"Kita lihat Singapura mampu membendung jenayah siber yang sangat baik. Maka kerjasama kedua-dua negara ini dilihat sangat wajar terutamanya Malaysia bagi berkongsi kepakaran, teknologi, pengalaman dan juga penguatkuasaan undang-undang," katanya kepada RTM.

(Dr Norashida Othman)

Dalam lawatan rasmi sehari Perdana Menteri ke Singapura semalam, dua rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatnya, Gan Kim Yong bagi pihak Singapura.

Sementara Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama aspek data, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Media Baharu