fb fb fb fb fb

Kereta terbakar, sebahagian bangunan balai polis terjejas

SUNGAI PETANI, 3 Ogos- Sebuah kereta yang diparkir di perkarangan Balai Polis Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah terbakar .

Menurut Komanden Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mihat Jaapar kebakaran itu turut menjejaskan sebahagian bangunan balai polis berkenaaan .

Beliau memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.24 petang semalam.

"Kereta yang 80 peratus terbakar itu dipercayai milik salah seorang anggota balai berkenaaan, manakala hanya 12 peratus struktur bangunan balai terjejas akibat kebakaran itu," katanya,

Mihat berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


(12 peratus struktur bangunan balai terjejas akibat kebakaran itu)

Media Baharu