fb fb fb fb fb

Kerajaan yakin pelaksanaan subsidi bersasar, tidak jejas pelaburan asing - Zafrul

Foto BERNAMA

KAMPUNG GAJAH, 31 Mac- Pelaksanaan subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa kebanyakan syarikat lebih melihat kepada konsistensi dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan.

Selain itu, kos pengoperasian syarikat asing yang melabur di Malaysia juga masih dikategorikan rendah berbanding negara lain. 

"Walaupun subsidi itu ditarik untuk syarikat besar ini, mereka dan juga pelabur ia akan bandingkan negara kita dengan negara lain."

"Jadi, negara kita ini masih lagi rendah daripada segi kosnya," kata Datuk Seri Tengku Zafrul kepada pemberita dalam Majlis Ihya' Ramadan dan Iftar Perdana di pekarangan Masjid Jamek Al Ansar, Bandar Baru FELCRA Seberang Perak, Kampung Gajah.

Pada majlis itu, Tengku Zafrul turut menyampaikan sumbangan kepada dua masjid dan 11 surau di kawasan Seberang Perak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM