fb fb fb fb fb

Tiada campur tangan kerajaan dalam pemilihan kontraktor Aerotrain KLIA

Anthony Loke

PELABUHAN KLANG, 19 Januari- Kerajaan tidak campur tangan dalam urusan pemilihan kontraktor bagi Projek Penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan keputusan berhubung perkara tersebut dilakukan sepenuhnya oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

"Kontrak tersebut adalah bawah MAHB. Tentunya MAHB juga melapor kepada Kementerian Pengangkutan tetapi penilaian dan penganugerahan kontrak bawah bidang kuasa MAHB.

"Tiada campur tangan meskipun ada wakil kementerian iaitu TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) dalam Lembaga Pengarah," katanya.

Pestech Technology Sdn Bhd dilantik semula selaku kontraktor bagi projek penggantian aerotrain KLIA menerusi konsortium usahasama dengan IJM Construction dan Alstom Transport Systems.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama negara, kapal Costa Serena di Port Klang Cruise Terminal (PKTC) di sini hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA