fb fb fb fb fb

Kerajaan terdahulu tiada kekuatan laksana semakan skim pencen, kini tanggungan cecah RM30 bilion

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Meru Raya Ipoh

IPOH, 28 Januari- Kajian semakan skim pencen penjawat awam telah lama dibincang dan dilaksana oleh pentadbiran terdahulu namun tiada kekuatan dan tekad politik untuk melaksanakannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan terhadap dengan skim itu perlu dilakukan bermula daripada sekarang bagi mengelakkan Malaysia daripada menjadi muflis dan memberi masalah kepada generasi akan datang.

Jelasnya, setakat ini bebanan pencen yang ditanggung kerajaan mencecah RM30 bilion dan dalam tempoh 20 tahun akan datang ia dijangka mencecah RM120 bilion.

"Tidak ada kerajaan yang mampu bayar pencen popular tidak popular harus dilakukan ya kalau tidak dilakukan perubahan kerajaan bertanggungjawab, kerajaan tidak bertanggungjawab, adakah ini dilakukan oleh semua negara ya kebanyakkan negara-negara membangun sudahpun menghentikan skim pencen,"katanya.

Tambahnya, bakal calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang perlu menerima skim tanpa pencen untuk menjadi wakil rakyat.

Ujarnya, cadangan pemansuhan skim pencen itu turut terpakai kepada ahli politik dan bukan sahaja penjawat awam.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan akan menaikkan kadar gaji penjawat awam mengikut kemampuan kerajaan.

Ini kerana sudah 12 tahun tidak ada penilaian dan tidak ada komitmen untuk perbaiki kadar upah dan gaji mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE