fb fb fb fb fb

Kerajaan terbuka bincang tambah baik pilihan raya, institusi

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di facebook, beberapa saranan daripada pihak BERSIH menjadi perhatian dan terdapat antara cadangan dalam memorandum yang diserahkan itu, dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan.

"Dialog serta ruang bertukar pandangan seperti ini penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil serta cabaran yang dihadapi oleh kerajaan khususnya dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum ini.

"Pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan masyarakat sivil seperti BERSIH diharap dalam meningkatkan lagi sinergi masyarakat sivil dengan kerajaan dalam proses demokrasi negara,' menurut status tersebut.

Dalam pertemuan itu juga, Anwar turut menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik dan meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia lebih baik.

Memorandum itu diterima daripada pimpinan BERSIH, diketuai oleh Mohammad Faisal Abdul Aziz di Putrajaya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI