Kerajaan teliti semula kos perkhidmatan, tingkatkan kecekapan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Januari -Kerajaan akan meneliti semula kos perkhidmatan yang dianggap munasabah bagi meningkatkan tahap kecekapan serta mengurangkan kos perniagaan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun prestasi perdagangan negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan, kerajaan tetap mengambil pendekatan terbuka terhadap isu kenaikan kos perkhidmatan.

Beliau menambah, isu itu turut melibatkan Indah Water Konsortium (IWK).

“Strategi kita mestilah meningkat tahap kecekapan dan mengurangkan kos. Kos perniagaan, kos pengkhidmatan dan setelah mendengar pandangan, saya akan mengarahkan supaya diteliti semula apakah kos itu yang dianggap munasabah.

“Walaupun daripada sudut perdagangan, peningkatan itu sangat memberansangkan, tidak menjejaskan dari sudut penambahan kos, tetapi kita harus ambil sikap terbuka,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan