fb fb fb fb fb

Kerajaan teliti kaedah biaya kos projek lebuh raya bertingkat dari Tol Senawang PLUS ke susur keluar Lebuhraya Lekas

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Satu penelitian di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM)  sedang dijalankan bagi menentukan kaedah pembiayaan kos pelaksanaan  projek lebuh raya bertingkat dari Tol Senawang PLUS ke susur keluar Lebuhraya Lekas.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini berhubung  projek lebuh raya tersebut oleh Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Sehubungan dengan itu pihak kerajaan sedang meneliti kaedah terbaik bagi mendapatkan pembiayaan kos pembangunan dan pelaksanaan projek lebuhraya ini termasuk kaedah pembiayaan perkongsian 'public private partnership' atau pembiayaan sepenuhnya oleh pihak swasta secara 'build operate transfer' BOT.

"Projek kerajaan kini sekarang di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta JPM sekiranya projek ini tidak 'viable' secara penswastaan kaedah biasa projek jalan persekutuan akan digunakan dengan memohon peruntukan RMK-12 atau RMK-13,"katanya.

Menurut beliau, projek yang telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pada September 2022 itu telah melalui makmal kejuruteraan nilai pada bulan Mac 2023 dengan anggaran kos sekitar  RM969 juta dan turut terdapat perubahan reka bentuk yang lebih baik daripada cadangan asal.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE