KUALA LUMPUR, 8 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh golongan itu terutamanya di Malaysia.
Menerusi Facebook, Anwar berkata hari berkenaan disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat.
Ia juga memastikan kaum wanita diberi tempat selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan.
"Kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak-hak wanita serta memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak kalangan wanita terus diperteguh.
"Semoga kaum ibu terus cekal menjadi tonggak penting dan kelangsungan masyarakat.
"Penghargaan yang setingginya kepada Azizah (Wan Azizah Wan Ismail) kerana terus bersama-sama dalam perjuangan yang panjang ini dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan," kata Anwar.