fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju benar ambil pekerja asing sektor perladangan

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

BANGI, 23 Januari- Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kata menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Johari berkenaan hanya sektor perladangan yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing pada masa ini.

Johari menasihati majikan sektor perladangan untuk ​menggunakan peluang itu sebaiknya dan menjaga kebajikan pekerja asing yang bakal dibawa masuk.

Ini meliputi penyediaan tempat tinggal yang sesuai agar Malaysia tidak dituduh sebagai negara "buruh paksa".

"Yang lain punya sektor tidak boleh dibawa masuk kerana ini yang telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepada saya. Tetapi masih memberi peluang industri ladang tetapi kena mastikan khusus untuk ladang tak boleh sampai lepas tu buat untuk benda lain.

"Saya difahamkan kalau bawa masuk ke negara kita, tiada kerja, maka dia mana-mana syarikat perlu membayar gaji kepada pekerja tersebut," katanya kepada pemberita elepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2023 di sini.

Johari turut menegaskan syarikat yang ingin membuat permohonan pengambilan pekerja asing untuk industri perladangan perlu memastikan kehendak spesifik pekerjaan di ladang dan bukan dalam sektor lain.

Setakat 20 Disember tahun lalu, seramai 40,000 tenaga pekerja diperlukan dalam sektor perladangan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI