fb fb fb fb fb

Kerajaan sedia naikkan kadar STR

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Kongres Keadilan Nasional/FOTO RTM

PUTRAJAYA, 26 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan bertujuan menampung kerugian rakyat susulan penyusunan semula subsidi kelak.

Menurut Anwar, Penarikan subsidi itu hanya melibatkan 10 peratus golongan "maha kaya" dan 3.5 juta warga asing yang selama ini menikmati pemberian subsidi kerajaan.

"Saya beri jaminan andai kata oleh kerana kenaikan penarikan subsidi berlaku dan mengesankan kepada rakyat, kita akan tambah STR bagi rakyat supaya mereka dapat menampung kerugian tersebut", katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan isu berkaitan agama dan kaum terus diperkotak-katikkan.

Ini menjadi kebimbangan yang semakin menular dalam kalangan rakyat sehingga menggugat perpaduan kaum.

Tegas Datuk Seri Anwar, isu berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 antara yang menjadi perdebatan hangat terutama dalam kalangan pembangkang.

"Saya tanya bila enakmen diperkenalkan dicabar di Selangor tahun 2021, Siapa Perdana Menteri pada masa itu? Siapa Menteri Undang-Undang? Mana dia pemimpin-pemimpin daripada parti Islam yang di dalam kerajaan masa itu. Mengapa dia tidak ambil tindakan?

"20021, 20022 Mei dicabar di Kelantan, tidak ada suara. Sekarang seolah-olah kita yang menghalang. Dia tidak ada kena-mengena dengan Kerajaan Persekutuan", kata Anwar.

Tambah Anwar, perkara tersebut memerlukan kerjasama kepimpinan kerajaan demi memberi pemahaman jelas berhubung isu terbabit.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD