fb fb fb fb fb

Kerajaan peruntuk RM50.61 juta, bantu penduduk terjejas banjir Johor

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Sebanyak RM50.61 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan bagi membantu penduduk terjejas banjir di Johor, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Dana yang disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu melibatkan RM50 juta untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI), RM500,000 untuk pengurusan pengoperasian bencana serta RM114,609 bagi penyelenggaraan pusat pemindahan Sementara (PPS)," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya lagi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah menggerakkan aset pengoperasian serta 8,289 anggota bagi memastikan operasi menyelamat dapat dilakukan sebaiknya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga turut mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam pemantauan dan penyelamat penduduk terjejas banjir, membuat pemantauan rapi terutama dikawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa.

Setakat pukul 4.00 tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 11,794 orang daripada 3,554 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 10,794 penduduk daripada 3,216 keluarga yang direkodkan pada pukul 2.00 petang tadi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM