KUALA LUMPUR, 18 Mac - Kerajaan masih mempertimbangkan untuk melaksanakan mekanisme pemberian subsidi secara bersasar, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Menurut beliau, mekanisme tersebut dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada.
Jelas beliau, kerajaan akan menitik berat aspek pelaksanaan dan komunikasi berkesan kepada pihak industri yang tidak menyebabkan sebarang kejutan ekonomi.
"Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat.
"Ia tertakluk kepada ketersediaan berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan serta mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan wakil Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang meminta Menteri Kewangan memberi butiran mengenai kaedah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi bersasar.