fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan tetap pertahan kedudukan, prinsip Perlembagaan Persekutuan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Kerajaan akan terus mempertahan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perkara 153.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas laporan media mengenai gesaan menilai semula keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).

Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menjelang kongres tersebut yang bakal diadakan minggu depan.

Berlangsung di Putrajaya, KEB 2024 akan membincangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM