fb fb fb fb fb

Kerajaan perluas program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 15 Januari - Sepuluh lokaliti baharu untuk pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dicadangkan bagi menangani isu itu dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi tujuan itu, dana sebanyak RM4 juta setahun diperlukan bagi menampung kos operasi tersebut.

Jelas Ahamad Zahid, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terlibat secara langsung dalam inisiatif berkenaan dengan menjadikannya sebagai projek angkat PBT.

"Melepaskan nyamuk berWolbachia yang telah pun dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan 7 negeri bermula 2019.

"Sebanyak 19 lokaliti telah lengkap 2 tahun 6 minggu dan penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan denggi 45 peratus hingga 100 peratus berbanding sebelum perlepasan nyamuk berWolbachia ini", katanya demikian menerusi kenyataan yang dibacakan Menteri Kesihatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi di sini.

Dalam pada itu, sejumlah 123,133 kes denggi direkodkan sepanjang tahun lalu, meningkat 86.3 peratus berbanding 66,102 kes pada 2022.

Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi pula turut meningkat kepada 100 kes pada tahun lalu berbanding 56 kes pada 2022.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD