Kerajaan perkenal sistem e-DeREG tangani isu kenderaan lama dan terbiar

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook/BERNAMA

PUTRAJAYA, 27 Januari – Kerajaan memperkenalkan pendekatan lebih sistematik dan mesra rakyat bagi menangani isu kenderaan lama dan terbiar melalui Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) serta pelupusan di fasiliti berlesen Authorised Automotive Treatment Facility (AATF).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata sistem e-DeREG membolehkan pemilik membatalkan pendaftaran kenderaan secara digital tanpa hadir ke kaunter JPJ.

Apa yang kita sasarkan adalah kenderaan yang sudah lama tersadai atau diletakkan di rumah sahaja dan tidak digunakan. Ada juga yang digunakan jarak dekat tetapi keadaan kenderaan sudah tidak selamat. itulah yang menjadi fokus kita”, katanya demikian di sini.

Jelas beliau, kenderaan lama yang menyertai program pelupusan akan dilupuskan melalui AATF, iaitu pusat pelupusan automotif berlesen yang memastikan proses dilakukan secara sah, profesional dan mengikut piawaian.

Langkah tersebut juga mengelakkan penyalahgunaan identiti dan nombor pendaftaran serta memastikan kenderaan tidak kembali ke jalan raya secara haram.