fb fb fb fb fb

Kerajaan pantau rapat misi Freedom Flotilla, utamakan keselamatan sukarelawan

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memberi jaminan keselamatan 9 sukarelawan Freedom Frotilla Coalition (FFC) /BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Oktober- Wisma Putra kini memantau perkembangan terkini sembilan sukarelawan Malaysia daripada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Israel ketika mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Wisma Putra bersedia mengambil langkah diplomatik sewajarnya termasuk menggunakan saluran hubungan dengan beberapa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

“Saya percaya insya-Allah pihak Wisma Putra mengikuti isu ini dan bersedia mengambil tindakan yang perlu, termasuk melalui diplomasi peringkat tertinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di ibu negara.

Tambah Datuk Fahmi, pihaknya masih menunggu laporan lanjut mengenai nasib kesemua sukarelawan terbabit, namun menjangkakan menerima maklum balas lebih jelas menjelang program Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara di Axiata Arena malam ini.

SITI NOORAIN ABDULLAH