fb fb fb fb fb

Kerajaan Pahang bantu naik taraf infrastruktur orang asli

BENTONG, 24 September- Golongan muda masyarakat peribumi di Dewan Negeri (DUN) Pelangai berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas di perkampungan mereka.

Tinjauan kru RTM di perkampungan Orang Asli Sungai Gapoi mendapati, segala infrastruktur telah tersedia untuk kegunaan penduduk termasuk jalan raya, surau, dewan orang ramai dan Tabika Kemas.

Bagi penduduk yang ditemui RTM Rozimah a/p Rundi, "bagi saya banyak bantuan yang diberikan kerajaan terutama baik pulih jalan raya. Kalau dulu, memang susah untuk orang masuk ke sini, selain itu Tabika Kemas juga dibaik pulih. Banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan Pahang bagi membantu penduduk kampung."

Menurut Shahmin a/p Abdul Karim, "bagi saya sangat2 membantula sebab saya dapat tengok sendiri diorang kerajaan Pahang seperti bantuan perumahan. Selepas itu ada bantuan pembangunan bagi kampung seperti jalan tar semakin baik dan pendidikan. Terima kasih sangatlah."

Selain menyediakan infrastruktur asas, pelbagai bantuan sentiasa disalur kerajaan Pahang seperti memberikan pendidikan kepada anak-anak masyarakat orang asli untuk menyambung pengajian sekali gus merebut peluang pekerjaan lebih baik.

Fida Adira a/p Eron turut menyarankan semua pelajar orang asli "cuba untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, jadi kerajaan boleh memberikan bantuan untuk menyambung pelajaran."

(Rozimah a/p Rundi)

Media Baharu