fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri Sarawak setuju ambil alih projek SMK sebuyau

Tan Sri Abang Johari berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau

SEBUYAU, 27 April- Kerajaan negeri Sarawak bersetuju membina baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau yang menelan kos berjumlah RM60 juta.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu perkara tersebut akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyelesaikan proses pengambilalihan projek.

Jelasnya, ia merupakan hasil daripada keputusan yang telah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini agar projek projek pendidikan dan kesihatan akan dibiayai oleh kerajaan negeri terlebih dahulu dan akan dibayar balik oleh kerajaan pusat.

Jelasnya, bukan sahaja Sebuyau, pembinaan sekolah baharu bagi menggantikan sekolah daif turut akan dilakukan di seluruh negeri termasuk Gedong, Simunjan, Bintulu dan Mukah.

Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE