(Foto BERNAMA)
JOHOR BAHRU, 17 Mei- Kerajaan Johor nekad menyelesaikan masalah rakyat khususnya melibatkan jalan berlubang, jaringan internet dan kesesakan di kedua-dua pintu keluar masuk sempadan laluan darat selewat-lewatnya tahun depan.
Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan Persekutuan dan negeri sedang bekerjasama dalam memastikan perkara itu terlaksana selari dengan inisiatif Johor Maju 2030.
"Komitmen ditunjukkan kerajaan berjaya mengurangkan sehingga 30 minit tempoh perjalanan pengembara yang berulang alik dari Johor ke Singapura untuk bekerja di republik itu, setiap hari.
"Komuniti perniagaan termasuk dari luar negara perlu tahu bahawa kerajaan negeri serius dalam menyelesaikan permasalahan berbangkit agar mereka mempunyai pengalaman lebih baik dan pulangan lebih tinggi terhadap pelaburan mereka," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)