fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri naik taraf Jalan Poting Senibung-Tanjung Bowang di Bau

Majlis Pecah Tanah Jln Kampung Tanjung Poting dan Jln Kgg Senibung/Foto Facebook Datuk Henry

KUCHING, 30 Januari - Projek Naik Taraf Jalan Kampung Tanjung Poting atau Senibung dan Tanjung Bowang akan memberi keselesaan kepada penduduk di sekitar Bau.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep berkata jalan sedia ada ketika ini terlalu sempit selain sering dilanda banjir.

Melalui projek berkenaan jalan sepanjang kira-kira 12 kilometer (km)itu akan dilebarkan dan paras ketinggian jalan akan ditingkatkan mengikut standard R-1.

Katanya, komponen lain projek tersebut adalah pembinaan dua buah jambatan konkrit.

"Pembinaan jalan ini bertepatan dengan kehendak masyarakat setempat kerana jalan kampung ini terlalu sempit dan di beberapa lokasi yang rendah juga sering di landa air ketika banjir.

"Projek ini telah bermula sejak Disember lepas dan akan dilaksana dalam tempoh dua tahun.

"Ia merupakan projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan telah diluluskan pada 2016.

Katanya, pelaksanaannya mengambil masa agak lama kerana perlu melalui beberapa proses seperti pengambilan tanah bagi projek itu.

Projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM43.9 juta.

Pada 27 Januari, Datuk Henry telah menyempurnakan majlis Pecah Tanah Jln Kampung Tanjung Poting dan Jln Kgg Senibung di Bau.

GRACE AISYAH KEDAYAN