fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri Melaka terima geran RM1.45 juta bagi pembangunan KRT

Exco Perpaduan Negeri Melaka, Ngwe Hee Sem

AYER KEROH, 23 Jun- Kerajaan Negeri Melaka menerusi Kementerian Perpaduan Negara menerima geran Kerajaan Persekutuan RM1.45 juta untuk pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.

Exco Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata pemberian geran ini secara tidak langsung mampu memperkasa pelaksanaan pelbagai program perpaduan bagi pembangunan komuniti di Melaka.

Beliau berkata sebanyak 242 KRT di negeri itu kini giat melaksanakan pelbagai program seumpamanya menerusi Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

"Ya lebih giat, selain itu mereka ada mempromosi juga di tempat masing-masing. Mereka juga bantu kerajaan untuk mempromosi Tahun Melawat Melaka.

Di samping itu, mereka akan bantu Kerajaan Negeri Melaka untuk menangani kes denggi, di setiap kampung di KRT mereka sering menganjurkan program gotong-royong", katanya pada Perasmian Penutup Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri di Ayer Keroh.

Turut diterima, peruntukan RM98,000 bagi pembangunan Tabika dan Taska Perpaduan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan Komuniti Perpaduan Madani kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, ke arah memperkasa peranan perkhidmatan jabatan itu.

ROSLINA BINTI DIN