fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri bantu cari rumah sementara buat mangsa kebakaran Kampung Tabuan Lot

FOTO APM KUCHING

KUCHING, 30 Ogos- Kerajaan akan membantu mencari kediaman sementara sesuai bagi tujuh keluarga terjejas kebakaran di Kampung Tabuan Lot, Kuching.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia perlu bagi membantu mangsa terbabit membina semula kehidupan.

"Kebimbangan saya adalah di mana mereka akan tinggal? Ada yang keluarga besar, tiga ketua isi keluarga kalau sekejap tidak apa, tapi kalau lama-lama mereka tidak selesa,"katanya.

Jelasnya lagi kesemua mangsa juga akan dibekalkan dengan bantuan kewangan sewaan dengan kuantum bayaran tertentu.

Buat masa ini tiga daripada keluarga berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara, PPS manakala selebihnya menumpang di rumah keluarga.

Datuk Seri Fatimah bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan dapur dan wang saku kepada tujuh keluarga, mangsa terlibat di kampung terbabit pagi tadi.

Selasa lalu, 37 orang termasuk seorang bayi hilang tempat tinggal selepas rumah mereka ranap dijilat api.

3008 FATIMAH TABUAN LORDatuk Seri Fatimah menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE