fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI terus rapatkan jurang sosioekonomi seluruh negara

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Jumlah peruntukan Sabah yang meningkat di bawah Kerajaan MADANI membuktikan komitmennya untuk terus merapatkan jurang sosioekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pensyarah Kanan Bahagian Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Abdul Rais Abdul Latiff berpandangan, peruntukan melebihi tuntutan hasil 40 peratus oleh kerajaan negeri itu boleh dimanfaatkan untuk pembangunan infrastruktur.

Ini seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.

"Ini menunjukkan komitmen pengumuman Perdana Menteri ini adalah untuk memastikan pertumbuhan yang seimbang terutamanya di kawasan Sabah dan Sarawak.

"Ini memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur terutamanya," katanya kepada pemberita di sini.

Artikel Berkaitan:
Sabah terima peruntukan RM16 bilion tahun ini
Pembinaan jambatan Labuan-Sabah disokong, perlu kajian menyeluruh - PM
Pengecualian subsidi diesel di Sabah-Sarawak bukan dasar pilih kasih - Anwar

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM