fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI terus eratkan perpaduan kaum di Malaysia

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Usaha memupuk nilai positif dalam kalangan masyarakat untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum terus menjadi tumpuan Kerajaan MADANI.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru masyarakat terus mengamalkan nilai yang diterapkan melalui Malaysia MADANI demi membangunkan negara yang lebih baik.

"Seorang tak boleh buat PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) seorang tak boleh buat, kita perlukan semua, satu pasukan yang baik, satu pasukan yang bekerjasama saling membantu.

"Kadangkala memang kita tidak ada pandangan yang mungkin sama, tapi kita cuba membaikinya pada keseluruhannya," katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Bandar Tun Razak di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM