fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI buktikan fokus kepada rakyat

Foto facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Kerajaan MADANI membuktikan tadbir urus dijalankan dengan baik selain fokus pada kerja untuk membantu rakyat kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam satu catatan di facebook.

Beliau turut bersyukur dengan pencapaian yang dilakukan bawah kementeriannya sepanjang tempoh 2023.

Dalam tempoh itu Fahmi berjaya melaksanakan inisiatif baharu seperti pengurangan harga internet, pemasangan peranti starlink dan mencipta peluang pekerjaan baharu dalam sektor ekonomi digital.

"Alhamdulillah kita telah menutup tirai 2023. Di peringkat Kementerian Komunikasi, saya bersyukur kerana dalam tempoh setahun ni, macam-macam inisiatif baharu yang kita dah laksanakan," katanya.

Menyentuh berkenaan pencapaian Kerajaan MADANI Fahmi yang juga jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan tidak menolak ada pihak cuba menggoyahkan kedudukan sedia ada dengan cerita rekaan kononnya Kerajaan MADANI tiddak stabil.

Namun perkara itu berjaya ditepis dengan melakar kejayaan dengan dasar yang cukup bersejarah untuk rakyat dan negara.

Dasar itu ialah Kerangka Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Ekonomi Baharu, Dasar Peralihan Tenaga (NIMP 2030), Mengakji Semula Gaji Penjawat Awam dan Dasar Gaji Progresif.

"Kita telah bermula dengan baik, insya-Allah perjalanan ini akan diteruskan.

"Semoga tahun 2024 lebih baik buat kita semua. Selamat Tahun Baru 2024!," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI