fb fb fb fb fb

Kerajaan komited sokong pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Disember-Kerajaan komited untuk memberi dukungan yang diperlukan untuk pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan yang dibuat di Malaysia perlu memberi manfaat kepada bakat dan perniagaan tempatan.

" Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) turut berkongsi faktor yang mendorong minat untuk melabur di negara ini.

"Antaranya hasil daripada manfaat hubungan perdagangan Malaysia dan negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah selain daripada pemilikan kepentingan dalam PROTON," kata Anwar menerusi ciapan di X.

Dalam pada itu, Anwar berharap kerjasama DRB-HICOM Bhd dan Geely mampu melakar pencapaian baharu menerusi pertukaran perjanjian usaha sama bagi pembangunan AHTV di Tanjong Malim, Perak.

Ia susulan daripada perjanjian kerjasama utama yang ditandatangani pada Oktober 2023 yang menetapkan prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dan komitmen bersama untuk projek berkenaan.

Majlis pertukaran dokumen perjanjian tersebut disaksikan Anwar.

Turut diadakan, pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Altel Group Sdn Bhd dan GYMD Digital Technology Company Limited.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM