fb fb fb fb fb

Kerajaan komited sokong infrakstruktur digital dalam perniagaan, komuniti

(Fahmi Fadzil)

ANGKASAPURI, 3 Ogos- Kerajaan komited menyokong pembangunan infrakstruktur digital dalam perniagaan dan komuniti melibatkan sektor ekonomi digital yang merupakan teras utama dalam menjayakan kerangka Ekonomi Madani.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yakin selain infrastruktur lengkap, politik stabil dan hala tuju jelas menjadi kunci yang menarik terhadap pelaburan berimpak tinggi untuk negara.

"Dalam pertemuan perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersama Elon Musk (pengasas Tesla) beberapa minggu lalu, beliau ada menyatakan hasrat mahu meletakkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

"Semua ini saya percaya tidak mampu berlaku tanpa kestabilan politik, tanpa hala tuju pertumbuhan ekonomi yang jelas dan mampan, serta kesungguhan terutama daripada segi 'political will' (kehendak politik) untuk melaksanakan beberapa perubahan," katanya ketika menjadi tetamu Bicara Naratif Khas di sini.

Selain itu, Fahmi menjelaskan menjelang September depan, kadar harga internet akan lebih murah sebaik sahaja Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) dilaksanakan.

(Fahmi Fadzil (kiri) menjadi tetamu Bicara Naratif Khas di Angkasapuri, Kuala Lumpur)

Media Baharu