fb fb fb fb fb

Kerajaan komited perkasa AI, manfaat pelaburan asing

Pengarah Institut Kecerdasan Buatan dan Data Raya (AIBIG), Dr. Muhammad Akmal Remli

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Kerajaan fokus menjadikan Malaysia antara 20 negara terbaik dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).

Hal itu dibuktikan menerusi peruntukan yang diumum Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2025, Jumaat lalu.

Antaranya, inisiatif memangkin pendidikan berkaitan AI di semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta.

Menurut Pengarah Institut Kecerdasan Buatan dan Data Raya (AIBIG), Dr. Muhammad Akmal Remli, teknologi AI berpotensi meningkatkan produktiviti selain penggerak masa depan industri serta membuka laluan baharu dalam pelbagai bidang.

"Dengan adanya belanjawan ini, kita harap penyelidik di universiti-universiti pendidikan dapat bersaing di peringkat global. Sebagai contoh, pemenang Anugerah Nobel Prize dimenangi oleh beberapa individu yang tidak mempunyai latar belakang aliran sains malah mereka mengetengahkan teknologi AI.

"Ini boleh dijadikan contoh untuk semua penyelidik tempatan, guna pakai pelbagai inisiatif dalam penyelidikan di universiti masing-masing," kata Dr. Muhammad Akmal kepada pemberita secara maya, hari ini.

Peningkatan ekosistem teknologi AI mendorong pembinaan infrastruktur dan menarik pelaburan syarikat asing ke dalam negara.

Dalam pada itu, Pakar Teknologi Maklumat, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Naz'ri Mahrin, laluan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi bergantung pada pelaburan kukuh terhadap infrastruktur digital, teknologi generasi akan datang serta kemudahan dalam pendidikan dan industri.

"Kita dapat melihat bahawa peningkatan pelaburan luar melibatkan syarikat-syarikat gergasi ICT seperti AWS, Microsoft, Google Oracle dan sebagainya adalah satu implikasi hasil inisiatif yang dilaksana kerajaan sebelum ini.

Jumlah pelaburan mencecah sekitar RM17 bilion serta ia adalah pelaburan jangka panjang," kata Dr. Mohd Naz'ri kepada pemberita.

Tambahnya, teknologi tersebut menawarkan Malaysia peluang memperkukuh daya saing global selain memastikan pembangunan inklusif untuk semua rakyat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM