fb fb fb fb fb

Kerajaan komited percepat pembangunan industri REE dengan kerjasama kerajaan negeri

Foto hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Kerajaan komited mempercepat pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memantapkan ekosistem dan mempergiat aktiviti sepanjang rantaian nilai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata fokus diberikan kepada pembangunan kapasiti tempatan dalam teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan melalui kerjasama strategik luar negara.

"Sumber REE akan diutamakan untuk kegunaan domestik bagi membina industri pertengahan dan hiliran. Usaha ini disokong oleh pembangunan bakat, infrastruktur moden, insentif menyeluruh serta pemetaan sumber yang lebih tepat', katanya semasa ketika pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Ekonomi hijau, iaitu model pembangunan ekonomi yang mengutamakan kelestarian alam sekitar akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif dalam RMK13.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif berkenaan termasuk memudah cara perdagangan karbon antaranya melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan (ETS) serta penyediaan insentif bagi projek kredit karbon.

ROSLINA BINTI DIN